Tuesday, June 15, 2010

Terubat Kerinduan

Kenangan tahun lepas masa wak Haji bersama-sama.. bab bersama hubby
Kami bersama ibuku...Mertua dan adik-beradik hubby umrah...
Assalamualaikum wbt...
Buat semua yang sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini.....Alhamdullilah dengan izinNya berkesempatan jua kali ini untuk update blog yang sudah lama ku tinggalkan.Inginku kongsikan sedikit cerita,dugaan baru2 ni kami sekeluarga dikejutkan dengan mak mertua sakit dan beberapa kali dimasukkan wad...selepas balik dari wak umrah bulan march yang lalu.Hanya melalui tel sahajalah yang menjadi perhubungan kami menanya khabar tentang orang tua kami di Malaysia dan diiringi dengan Doa-doa dari kami disini.Walaupun jarak memisahkan kami tetapi mereka tetap dihati kami selamanya.Kadang2 orang tua tanya kenapa tel kerap sangat nanti bil tel melambungkan...untuk mereka kami tak kisah..asalkan kami dapat bercakap dan dengar suara mereka hati kami terasa tenang dan terubat kerinduan kami.


Kadang2 mak dan mak mertua ketawa asyik selalu tel die orang...die orang tahu anaknya merinduinya...cuma jarak je memisahkanya.Sekarang Alhamdullilah mak mertua sihat walafiat seperti biasa,mintak2 semuanya sihat sentiasa amen...


Salam buat semua...hanya sidikit coretan yang dapat ku coretkan di arena blogku yang tak sebarapa ini..Kalau ada salah dan silap ku pohon maaf buat semua.