Tuesday, August 25, 2009

Petemuan Ramadhan dan Kawan


Salam kembali kita di bulan yang mulia lagi di berkati....
Masing2 menunggu waktu berbuka pose..termasuklah kami sekeluarga n kawan hubby En.Johar.Aku biasalah bawak bekal dari rumah untuk berbuka pose,sbb dah naik muak dah makan nasi arab ni..jadi time pose nilah ambik peluang untuk mkan masakan sndri selera tu lebihhhhh mai..Sebenarnya dah lama ku update blog ni tapi siap separuh jalan,simpan dulu duk kat dalam draf ni..ni baru sambung balik..masa tak mengizinkan.


Para2 tetamu Allah yang mengunjungi Masjid Nabawi untuk berbuka pose..rasa kenikmatan yang tak terhingga dapat berbuka pose dengan umat2Mu ya Allah..


Buat kenang-kenangan semasa hayat masih ada...bukan senang nak mari di tanah haram ni..






Pertemuan hubby dengan kawan karibnya yang duk kemaman kat rumah dulu.En.Johar yang datang wak umrah bersama ahli jemaah yang lain tanpa isterinya.Insyaallah ada rezeki nnti bolehla bawak isteri sekali.Alhamdullilah selama duk Yanbu Arab ni dah 2 orang kawan datang wak umrah,ade jugak yang datang tapi x dapat jumpa itu semua KuasaNya belaka kita yang merancang hanya Tuhan yang menentukan.


Dalam perjalanan pergi ke Madinah tempohari,kami bertolak dalam 3 lbh gitu...masa dekat yanbu lagi nampak cuaca gelap je...kabus tak nampak jalan dengan anginnya yang kuat.Tapi kami teruskan distinasi yang nak dituju,alhamdullilah sampailah kami di Madinah tapi belum masuk jalan ke Masjid Nabawi lagi..kilometer berapa x tahu dah tak ingat.Tiba2 kilat memancar serta angin yang kuat awan semakin gelap...turunlah hujan yang begitu lebat sekali..dan bunyi hujan tu kuat,yang jatuh kena atas kereta..ingat hujan biasa..tanya dengan hubby nape bunyi hujan kuat macam anak batu je jatuh..hubby pun cakap tu lah hujan batu..ooooo barulah tahu.


Selama ni tak pernah lihat hujan batu,masa kat malaysia ade tapi jarang sekali nak jumpa dengan hujan batu ni.SubhanaAllah KuasaNya belaka terpaku sekejap pabila ku tengok kat tanah ketulan ais sebesar biji guli jatuh memutih memenuhi bumi Allah ini.Alhamdullilah dengan izinNya ku dapat lihat hujan batu di Tanah Haram ni..yang begitu bermakna dalam hidupku.Insafi diri..


Beginilah keadaan hujan masa perjalann kami.Kami terpaksa berhenti kereta sebb tak nampak jalan dan angin yang kuat.Masing2 bagi lampu kecemasan masa bejalan.

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan Untuk Semua Umat Islam

Salam kembali...
Disini tak lewat lagi untuk ku ucapkan selamat berpuasa untuk semua umat islam di Malaysia n Yanbu(KSA) yang mana kami yang merantau ni.Buat kali pertama tahun ni aku n anak2 berpuasa di perantauan bersama hubby tercinta tanpa kaum keluarga n sanak saudara.Terasa tu memang terasa tapi ku kuatkan hati ini untuk mengharunginya selama lebih kurang sebulan la...sebelum ku pulang 14.9 nnti.Saborrrrr ye kawan2 ku yang sama2 merantau ye...disini ku nak mintak maaflah mana2 yang terasa ke dengan senda gurauku..al maklumlah aku ni suka menyakat orang..mintak maaf semua ye kawan2..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, August 9, 2009

Sambungan Madinah dan Bukit Magnet


Tempat Barangan Terpakai Di Madinah..pakaian,barang elektrik,periuk2,barang perhiasan n banyak lagi..


Barang untuk kegunaan untuk memasak,macam2 ade siap oven pembakar lagi..tapi tak tahulahkan masih elok atau tak..nampak camtu je..memang bersepah2 kat sana..masih ade lagi penjualan yang sebegini..di Arab..berbanding di Negara kita(Malaysia).
Kadang2 tu tersentuh hati ini melihat keadaan sebegini rupa...yang menjual kaum2 Badwi n mat2 india..


Pakaian bermacam2 pakaian die orang jual...dari baby sampai la ke tahap orang tua..jubah lelaki,selendang,abaya macam2 fasion ade..ade lagi orang yang lebih susah hidup kat sini..


Terpegun dengan keindahan Ciptaan Tuhan Yang Maha Agung(S.N.W)..sampai je di Bukit Magnet ku lihat bukit2 yang pelbagai bentuk n warna...sampai di sini sahaja jalannya..jalan mati..die buat round board..bulatan tu penuh dengan bukit..


Pemandangan dari jarak dekat bukit magnet yang memang daya tarikan gravitinya yang kuat.Tapi tak tahu mana satu bukit yang menarik daya graviti(magnet) itu...sbbnya sekeliling di penuhi dengan bukit.Hubby cuba juga test krtenya dengan matikan enjin kereta n dengan sendrinya krta bergerak selor2 n sampai satu tahap...120 kelajuan n 140
mmg laju..n last2 behnti di betul2 empangan air...kecik je empangan kat situ..


Bukit2 di sekitarnya...




Perjalanan ke Bukit Magnet...




Di Madinah...bangunan2 hotel yang cantik2 belaka disekitarnya..


Deretan2 kedai yang menjual barang2 sedap mata memandang n duit di laburnya..


Cantik Surau kalu x silap yang menarik perhatian mataku untuk snapkannya..

Thursday, July 30, 2009

Kembara Madinah Dalam Satu Hari


Salam kembali lama dah tak up date blog ni..masa yang mencemburuiku..ni baru ok sikit.Untuk tatapan kaum keluarga di malaysia n kawan2 di Yanbu Bumi Ambiak.
Pertama kali bergambar dengan berlatar belakang unta Di Madinah...suka kakak,hamizah n azhim bila dengar unta tu melontarkan suara die kuat betul..lebih kurang lembu kat malaysia kita..hehehe.Buat kenang kenangan semasa berada di Bumi Ambiak..sempat beli susu unta n tengok camne die perah susu..tapi tak rasa pun entah tak boleh...tgklah lain kali mungkin boleh agaknya tekak ni menelannya..


Aksi dua beradik pakai kain senting sambil duduk mencangkung seksi di padang pasir..bergaya dengan unta2..


Tiga beradik tak ketinggalan beraksi dengan pose2nya..yang kecik pandai je bergaya..ade je ideal untuk di buatnya...kelakar betul tgk gelagat die orang ni..inilah penghibur dalam rumahku setiap masa n ketika...


Buat kenangan pertama kali pergi ke Bukit Magnet...selama duk Yanbu ni baru g sana..dah nak masuk setahun..6hb 1o nanti..


Terpegun dengan ciptaanNya betapa cantik dan indah gunung ganang yang tersegam indah penuh dengan makna di sebaliknya...walaupun cuaca panas sampai tahap 45 darjah..ku tahan jua untuk menikmatinya..Bersyukur kepadaNya berkat Doa sampai jua hajat hatiku untuk pergi ke Madinah dah berapa bulan tak g sana..rindu rasanya..terutama sekali dengan Masjid Nabawi..sejuk n tenang berapa di dalamnya..hajat hati ingin masuk ke Taman Raudah tapi tak tertunai lagi..masa tak mengizinkan lagi..insyaallah sampai seruNya nanti sampai jua ku di sana.


Dalam Masjid QUba di Madinah..berhenti sembahyang sunat kat sana..dalam perjalanan jumpa dengan Dida n uda(kasih rizhad)kemudian jumpa Hj Fazdhil dengan Hj Ahadin..die orang datang berdua je sbb kaum2 ibunya bercuti pulang ke Malaysia..tinggallah die org berdua..pandai plok die cari kawan..same2 kena tingggal jgn mare ye k.nani n k.za..


Berhenti rehat jap isikan perut yang kosong..bangun siap2kan makanan kul 4.30pg untuk bawak bekal ke Madinah..tak sempat nak makan pagi tu yang kami sekeluarga berhenti menjamu selera di Masjid Quba....kesian kat budak2 ni,ibunya tak apa boleh tahan sabor lagi heheh...


Kisah di sebalik kereta BMW ni...pertama kali pergi ke Madinah naik krta ni Alhamdullilah sampai juga kat Madinah..semua tempat pergi,bukit Uhud,Bukit Magnet,ladang Unta,ladang kambing,tempat barang2 terpakai dan last sekali malam tu g shopping2 kat MAZAIA MALL murah barangnya..tak boleh tgk baju budak2 ni cantik2 belaka jadi rabun mata la plak tgk baju2 ni..keesokkan paginya pukul 6 pagi kami bertolak pulang ke Yanbu..Alhamdullilah sampai ke Yanbu pkl 8 lbh gitu..singgah kat Sumairi sekejap nak beli makanan pagi..sampai je kat kedai buka pintu bunyi enjin kuat sangat..sampai tuan kedai tu keluar tgk n bagi tahu Hubby krta ade something kan..kemudian tgk2 ade benda pecah tak tahu la plok namanya apa..aku ni bukan tahu sangat pasal2 kereta ni..naik pandailah..bawak selor2 balik rumah..tel kat kawan die suh ambik baiki..dalam seminggu jgk..sewa krta jap,kemudian kawannya hubby bagi pjm krta die..malam ni baru krta siap..Alhamdullilah...puas hati jalan2 sampai krta pun naik angin kepanasan...

Wednesday, July 15, 2009

"SETELAH 3 BULAN CUTI KINI KU KEMBALI"


Muka2 yang sentiasa mengikuti abangnya...


Rumah di Al-Nakheel


Selepas selesai ambik award rehat jap "PENAT"
(Dapat award the best in ART je Alhamdullilah)


Hanya Azhim seorang sahaja bangsa melayu dalam kelas die..yang lain filipina,arab sikit je n india sikit tu je.


Dewan Fayros Hall menjadi lokasi untuk Graduation ALTIS.Graduation dibuat pada
15 April 2009 dan sekolah dah tutup akhir bulan March sampai Jun.Betapa boringnya Azhim duduk kat rumah...selepas 11 July baru boring azhim hilang sbb dapt pergi ke sekolah semula n jumpa kawan2.


Bahagian depan sekolah ALTIS
Papa yang hantar azhim sekolah setiap hari...sebab papanya kena kerja malam 2 bulan.
Buat sementara sahaja...nanti azhim pandai2 la g sekolah naik bas bersama teman die nadzmi ank jiran sebelah ku nor.Dulu sebelum ade nadzmi susah sikit nak bangun pagi g sekolah,sekarang Alhamdullilah semangat lebih sikit sbb ade kawan.Anak k.za Malik pun sama skolah dekat ALTIS...jadi sekarang dah ramai kawan2 azhim.


Muka2 yang g sekolah setiap hari(Hari kedua g sekolah).


Selalu ade je yang mengikut...tahu je time azhim nak g sekolah mesti bangun
sebab nak naik kereta nak hantar abangnya sekolah..untung tiap2 pagi
dah merasa naik kereta.Kadang2 dua2 sekali dengan adiknya Hamizah...


Muka hari pertama pergi ke sekolah..


Azhim dalam mood tak berapa elok tunggu bas tak sampai2 1jam lbh sikit...dari
6.30.sampai 7.40 baru papanya balik keje terus je g hantar kesian betul.

Tuesday, July 7, 2009

Petang-Petang Buat Kuih"INILAH JADINYA"






Salam kembali...
Iginku berkongsi cerita lucu yang berlaku dirumahku...cerita dah lama tapi hari ini baru ku berkesempatan untuk mencoretkannya.kalau kat malaysia makanan pagi n petang biasanya pakai beli je...jarang2 masak kat rumah boleh dibilangggg..berapa hari je.
Semenjak merantau di Bumi Ambiak Yanbu Arabia...runting hidupku bertukar pulak
setiap pagi,tengahari,petang n malam masa banyak dukkkk kat dapur.Memang mahir dah bab2 masak memasssak ni...benda yang tak pernah buat dibuatnya..nasi dagang,pulut kuning,pelbagai jenis nasi n kuih muih.Baru2 ni terasa rindu snagat nak makan nasi kerabu...kebetulan petang pergi pasar n g kedai indon...tup2 tengok taugeh ade,serai ape lagi idea pun datang"NASI KERABU"emmm esoknya jadi la nasi kerabu tanpa bunga gantang..nak tak nak,pandai ke tak buat je la kalu jadi makan...tak jadi tengok je heheh...inilah ragam hidup di perantauan.

Akibat selalu buat kuih anakku yang puan2 2org ni cbuk jugak nak buat kuih...petang tu aku duk kusyuk sangat dengan kompter...x sedar ank puanku 2 org ni kerjakan tepung gandum 1kilo habis di mandikannya...lama baru sedarrrr,ape budak ni buat..senyap je..tgk2 kat dapur die org tengah mandi tepung huhuhuhu...darah dah gemuruh dah ni nak marah!!!!! tapi x jadikkkk tengok muka die orang ketawaaaaaa ku dibuatnya...sempat snap lagi gambar die orang hehehheh....

Thursday, June 18, 2009

Demam Balik Malaysia Sudah Datang





TAMAN SEROJA2 BINJAI KEMAMAN




KERPOK LEKOR,SATAR,OTOT2 ADE BELAKA MARI DEH KEMAMAN KITA





RUBBY RESORT CHERATING




Sehati sejiwa Do,Re n Mie.....

Dj Taman Seroja pada malam tu..



Cbuk kaum ibu buat persiapan untuk mengisi perut untuk kaum bapa

Kemah tempat kami bermalam...sejukkkkk

Azhim n kakak tak ketinggalan

Tempat untuk mandi n rehat2 mana yang ade baby.


Semasa majlis perpisahan hubby kawan2 beliau sanggup bemalam di dalam khemah untuk mengucapkan salam perpisahan buat hubby yang akam merantau di Bumi Ambiak.Sempat lah kami mesra2 gitu pada hari yang bermakna itu.Siap tes power suara masing2 dengan dendangan lagu era 80an.Menjamu selera dengan menu2 yang lazat dan bbq tak kira ade anak kecik sape lagi hmmm..
Kami bermalam diRubby Resort Cherating satu malam..bermalam dlam kemah.Satu Resort muat Puak Taman Seroja je..orang lain x leh masuk dah..kawan2 yang ku rindui. Seminggu sebelum hubby pergi merantau kami buat kenduri Tahlil sikit untuk jemputan keluarga dan kawan2 ...semoga semuanya selamat Amin.

Fariza&Papanya

Fariza&bakal suami

Selamat bertunang buat anak saudaraku Wan Fariza pada 26 December 2008.C.Za n P.Mie mintak maaf banyak2 tidak menghadari majlis pertunangan ja.Buat kakak ipar dan abang iparku k.zie n abg zul kami sekeluarga Doakan semoga anak sulong Fariza yang bakal berumahtangga tak lama lagi di panjangkan jodohnya ke jinjang pelamin n kekal bahgia ke akhir hayat.
Selamat bahagia buatFariza&bakal suami yang bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi.Kedua ibuku...makku dan mak mertuaku.Kami sekeluarga selalu Doakan semoga keluarga di sana berada dalam keadaan sihat walafiat n di murahkan rezeki n di panjangkan umur.Walaupun kami berada diperantauan hati kami selalu teringat keluarga di sana.Cuma jarak je yang memisahkan kita....insyaallah jika diizzinkanNya kami sekeluarga akan pulang menemui ibunda,ayahnda dan keluarga lepas Raya Puasa nanti Amin.

Keluarga sebelah za

Keluarga sebelah hubby


Warga Malaysia Yanbu sekarang masing2 cbuk booking tiket untuk balik Malaysia.Seronok mendengar kawan2 balik Malaysia,bila agaknya pula tiba waktu untuk ku pulang ke Malaysia Tanah Air ku yang tercinta.Masa ni terbayang wajah2 keluarga di kampung baik sebelah suami n keluargaku.Sekarang kat Malaysia dah nak Masuk musim buah2an rindunya tak terkata nak makan buah2 tempatan kita.Kalau musim buah cbuk le bapakku ke kebun untuk menjaga pokok duriannya,rambutan, buah dokong n banyak lagi.Nanti keluarga di sana jangan lupa makan untuk kami ye...sedihhhhhhhhhhh ni emmmmm saborrrrrrr....bila tiba waktu nanti nak makan puas2 biar hilang kempunan tu.Kalau di Arab buah Durian alamat cekit daroh betul,satu biji 80Sr tengok dari jauh meleleh nak makan bila tengok je harga simpan balik melelehnya.ku saborkan diri ini untuk balik mkan buah lepas raya puasa yang ke3 insyaallah kalau diizinkanNya sampai le kami sekeluarga di Malaysia nanti.Tunggu ye bab n mok serta mak n ayah mertuaku n keluarga disana....inilah wajah2 yang sering terbayang di mindaku.....

Rindu dengan kawan2 kat Taman Seroja 2 Kemaman,rumahku camne la agaknya...orang yang duduk tu mintaklah jaga rumah elok2 cam hartanya sendiri.Pokok2 bunga yang aku bagi kat jiranku suh jaga masih elok lagi ke!!! atau tinggal ranting heheheh....harap2 murni jaga dengan elok ek....cam jaga pokok bunga die jugak.Kami disini rindu dengan aktiviti kita masa kat Taman dulu pergi berkelah konvo ramai2 buat bbq,buat acara sukan n banyak lagi.
Orang kuat kita di Taman Abg long kita En.Amin dan isteri k.ani,abg ngoh En.Ariamran dan isteri linda,En.Hamid dan isteri k.la,En.Arshad dan isteri k.pah,En.Johar dan isteri tini ini adelah orang yang paling sibuk jika ade jamuan dan aktiviti.Sekarang kat Taman kehilangan seorang adiknya Abg cik dan isterinya za yang duk di perantauan mencari rezeki di bumi Arab.Harap2 kawanku semua tidak lupa akan kami di sini....wajah2 mu sering terbayang di minda kami...bila kami pulang nanti kita g konvo ramai2 mandi air terjun ek...rindu dah rasa nak mandi kat air terjun sbbnya kat Arab ngat ada sungai emmmmm...sedih betul.Kat pantai pun kalu nak mandi kena ada tempat yang sesuai baru boleh mandi kalu tak jangan harap le hampe..^^^^^.



'Tunggu Kawan2 kepulangan kami akan tiba tak lama lagi.............."



"Pertama sekali keluarga di sana kami amat merindui kalian semua"