Thursday, March 10, 2011

Rinduuuuuuuu.....

Assallamualaikum..............

Selama berapa bulan dah tak update blog,hari ni dan semalam asyik tampal2 apa yang patut dekat blog ni..buat muka baru,tampal2 apa yang patut.InsyaAllah jika diberikan peluang lagi...akan ku perbaiki lagi blog yang x seberapa comel dan indah ini.Sekarang dah pun masuk tahun baru,banyak kenangan yang tersurat dalam tahun 2011 ni.Awal tahun, Januari..2 jan 2011 adalah tarikh yang tak dapat ku lupakan..perginya arwahyarham marhamah mertua kepangakuanNya yang kekal abadi disana.Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan dirahmatiNya ameen.Al-Fatihah.

Tak payahlah nak diceritakan lagi,sangat sedih biarlah ianya tersemat dalam diri ini buat selamanya.Tiada pengganti yang boleh ganti akan Arwahmarhamah mertuaku yang begitu cekal dan sabar dalam mengharungi liku2 hidupnya.Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui akan perjalanan hidupnya selama ini bagaimana???....kita yang masih hidup ini harus meneruskan liku2 kehidupan ini sama ada getir,sengsara,bahagia perlu hadapinya.

Thursday, July 29, 2010

Ragam Anak-anak

Hazimah&Hamizah..gurau2,gaduh last2 baik pulak...selalu menguji tahap kesabaran ibu...

Along dan kakak masing2 suka tgok cerita p.ramli,badul....cerita lawak..lebih kurang jugak dengan tuan yg nengoknya...

Hamizah yang terlebih manja...jadi ngada2 pulok....





Assallamualaikum w.b.t......................
Bertemu kembali di arena blog yang serba sederhana.Tahun berganti tahun,bulan berganti bulan,minggu berganti minggu dan hari berganti hari....masa begitu pantas sekali setahun demi setahun...sekarang dah pun masuk bulan Sa'ban dan dah tak beberapa hari lagi kita semua Ummat Islam akan menjalani ibadah puasa.
''SELAMAT BERPUASA BUAT RAKAN-RAKAN DI YANBU DAN JUGA MOK,BAB DAN MERTUA DI MALAYSIA....TAK LUPA JUGA BUAT SANAK SAUDARA".....
KAMI SEKELUARGA MEMOHON MAAF KALAU ADA SALAH DAN SILAP YANG SENGAJA MAHUPUN TAK SENGAJA...


P/S:Harapan ibu&pa tahun ini along dapat menjalani ibadah puasa dengan sepenuhnya...tanpa cuti,lainlah ada sebab musabab yang boleh diterima ya....









Friday, July 2, 2010

Pindah Rumah

Salam Kembali...

Pejam celik2 dah dekat 2tahun tinggal dekat Saudi.Termasuk rumah yang baru ni dah 3x pindah rumah...dari Arsi ke Al-Nakheel dan sekarang dekat Radwa pulak.Rumah yang baru ni kecik sikit dan tak berdebu mcam rumah kat al-nakheel banyak sangat debu..budak2 nak main kat luar pun tak boleh.Rumah kecik tak penat sangat nak kemaskan hehehe...budak2 pun petang boleh main kat laman tepi garaj...sama2 dengan jiran arab.Rumah lama internet free..paki 2/3 komputer pun ok...masih laju...lain pulak dekat rumah baru ni...memang tak de line..line tel la hehehe..internet jauh sekali.

Tel kena letak dekat tempat yang betul2 ada line...kalu tak memang tak jalan tel tu.Internet kat rumah sekarang kena pakai wifi..x leh free2 dah..berbayar.Pakai wifi pun trnet jalannya macam siput jugak..slow..biar selor asalkan buleh pakai udah...jangan sampai x boleh nak berhubung dengan orang tua.Selor2 buleh jugak update blog ni ya..dengan blog yang berwajah baru warnanya...nampak ceria sikit.Tapi masih banyak lagi yang harus di tampal2 kat blog...tunggu masa yang sesauai ya.

Ok..dah penat bebel..lain kali pulak kita sambung bebelnya..=+=+=+

Tuesday, June 15, 2010

Terubat Kerinduan

Kenangan tahun lepas masa wak Haji bersama-sama.. bab bersama hubby
Kami bersama ibuku...Mertua dan adik-beradik hubby umrah...
Assalamualaikum wbt...
Buat semua yang sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini.....Alhamdullilah dengan izinNya berkesempatan jua kali ini untuk update blog yang sudah lama ku tinggalkan.Inginku kongsikan sedikit cerita,dugaan baru2 ni kami sekeluarga dikejutkan dengan mak mertua sakit dan beberapa kali dimasukkan wad...selepas balik dari wak umrah bulan march yang lalu.Hanya melalui tel sahajalah yang menjadi perhubungan kami menanya khabar tentang orang tua kami di Malaysia dan diiringi dengan Doa-doa dari kami disini.Walaupun jarak memisahkan kami tetapi mereka tetap dihati kami selamanya.Kadang2 orang tua tanya kenapa tel kerap sangat nanti bil tel melambungkan...untuk mereka kami tak kisah..asalkan kami dapat bercakap dan dengar suara mereka hati kami terasa tenang dan terubat kerinduan kami.


Kadang2 mak dan mak mertua ketawa asyik selalu tel die orang...die orang tahu anaknya merinduinya...cuma jarak je memisahkanya.Sekarang Alhamdullilah mak mertua sihat walafiat seperti biasa,mintak2 semuanya sihat sentiasa amen...


Salam buat semua...hanya sidikit coretan yang dapat ku coretkan di arena blogku yang tak sebarapa ini..Kalau ada salah dan silap ku pohon maaf buat semua.

Saturday, May 22, 2010

Butik Ezora

Salam kembali untuk semua....rindu tak terkata dengan blogku ini...sebab lama tak update.Nak kongsi dengan kawan2 semua untuk cuci mata di Butik Ezora menawarkan fasion2 yang cantik untuk baju,handbag dan macam2 lagi.Silalah kunjungi blog di bawah...ok..byeee salam.
http://picasaweb.google.com/ezora2u/PREORDERCLOTHESMAY#

Tuesday, March 30, 2010

Umrah Mertua

Masjidil Haram in Mekah
Masjid Quba
Masjid Nabawi in Madinah
Hotel Harab Fairuz in Madinah
Salam kembali...Dengan izinNya sampai juga hajat mak mertua dan suami nak wak mari maknya datang wak umrah...alhamdullilah.Pada 14march 2010 mak mertua datang wak umrah di temani oleh 2 anaknya W.Johari dan W.Latifah...terima kasih buat beliau kerna sudi menemani mak datang ke sini...kerana mak yang dalam keadaan uzur.Mak memang memerlukan kerusi roda untuk bergerak.Sebenarnya dah lama si wan yang ajak datng kat sini...tapi mak tak nak menyusahkan anak2nya..sbb nak bergerak mak perlukan bantuan org... selepas pujuk2 n terbuka hati mak nak datang kat sini...dan alhamdullilah dah sampai sini dan wak umrah dan kini dah kembali pulang Malaysia dengan selamat.Semoga mak,abg joe dan poh mendapat umrah yang mabrul...amennn..Inilah sahaja yang dapat kami tolong mak...

Sunday, March 14, 2010

Tahun lain Bulan Sama


Assallamualaikum wbt...

Salam kembali dalam laman blog yang dah lama tak dikemas kini...lebih kurang1 bulan lebih menyepi.Kini kembali untuk berkongsi cerita mengenai kelahiran 2 anak prempuanku Hazimah n Hamizah yang dilahirkan pada bulan march....yang bezanya hanyalah tahun je..si adik lahir 12.3,kakaknya pulak 17.3...adiknya lebih awal 5 hari dari kakak.Masa adiknya lahir,si kakak belum cukup 5 hari lagi nak masuk setahun..baru buleh jalan sikit2.Kesian tengok si kakak tak dapt nak bermanja dengan ibu...die terpaksa berkongsi dengan adiknya pulak....nak wak macam mana dah rezeki...ibu terima sajelah..lain kali ibu tak akan biarkan die berulang lagi ya sayang.

Ibu ucapkan selamat hari lahir buat Hamizah n Hazimah semoga anak2 ibu menjadi anak yang solehah,beriman,cerdik pandai dalam ilmu agama n akedemik dan sentiasa di berkatiNya...insyaAllah.Hrapan ibu,anak2 ibu berjaya di dunia n di akhirat aminnn.Satu pesanan ibu jangan abaikan kedua orang tua kita walau macam mana sekali pun...