Tuesday, August 25, 2009

Petemuan Ramadhan dan Kawan


Salam kembali kita di bulan yang mulia lagi di berkati....
Masing2 menunggu waktu berbuka pose..termasuklah kami sekeluarga n kawan hubby En.Johar.Aku biasalah bawak bekal dari rumah untuk berbuka pose,sbb dah naik muak dah makan nasi arab ni..jadi time pose nilah ambik peluang untuk mkan masakan sndri selera tu lebihhhhh mai..Sebenarnya dah lama ku update blog ni tapi siap separuh jalan,simpan dulu duk kat dalam draf ni..ni baru sambung balik..masa tak mengizinkan.


Para2 tetamu Allah yang mengunjungi Masjid Nabawi untuk berbuka pose..rasa kenikmatan yang tak terhingga dapat berbuka pose dengan umat2Mu ya Allah..


Buat kenang-kenangan semasa hayat masih ada...bukan senang nak mari di tanah haram ni..






Pertemuan hubby dengan kawan karibnya yang duk kemaman kat rumah dulu.En.Johar yang datang wak umrah bersama ahli jemaah yang lain tanpa isterinya.Insyaallah ada rezeki nnti bolehla bawak isteri sekali.Alhamdullilah selama duk Yanbu Arab ni dah 2 orang kawan datang wak umrah,ade jugak yang datang tapi x dapat jumpa itu semua KuasaNya belaka kita yang merancang hanya Tuhan yang menentukan.


Dalam perjalanan pergi ke Madinah tempohari,kami bertolak dalam 3 lbh gitu...masa dekat yanbu lagi nampak cuaca gelap je...kabus tak nampak jalan dengan anginnya yang kuat.Tapi kami teruskan distinasi yang nak dituju,alhamdullilah sampailah kami di Madinah tapi belum masuk jalan ke Masjid Nabawi lagi..kilometer berapa x tahu dah tak ingat.Tiba2 kilat memancar serta angin yang kuat awan semakin gelap...turunlah hujan yang begitu lebat sekali..dan bunyi hujan tu kuat,yang jatuh kena atas kereta..ingat hujan biasa..tanya dengan hubby nape bunyi hujan kuat macam anak batu je jatuh..hubby pun cakap tu lah hujan batu..ooooo barulah tahu.


Selama ni tak pernah lihat hujan batu,masa kat malaysia ade tapi jarang sekali nak jumpa dengan hujan batu ni.SubhanaAllah KuasaNya belaka terpaku sekejap pabila ku tengok kat tanah ketulan ais sebesar biji guli jatuh memutih memenuhi bumi Allah ini.Alhamdullilah dengan izinNya ku dapat lihat hujan batu di Tanah Haram ni..yang begitu bermakna dalam hidupku.Insafi diri..


Beginilah keadaan hujan masa perjalann kami.Kami terpaksa berhenti kereta sebb tak nampak jalan dan angin yang kuat.Masing2 bagi lampu kecemasan masa bejalan.

No comments:

Post a Comment